Makluman Penutupan Sementara Akses Sistem Pembayaran Dalam Talian (iPay) Dimaklumkan kepada semua pengguna Sistem MyLesen MBDK bahawa akses kepada Sistem Pembayaran Dalam Talian (iPay) akan ditutup sementara pada 22 Oktober 2026 (Jumaat), dari jam 12.00 petang hingga 6.00 petang bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan server MBDK. Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan untuk mengambil maklum mengenai tempoh penutupan sementara ini dan merancang sebarang urusan pembayaran dalam talian dengan sewajarnya. Akses kepada perkhidmatan pembayaran akan disambung semula selepas kerja-kerja penyelenggaraan selesai. Pihak MBDK memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama, perhatian serta kesabaran semua pengguna sepanjang tempoh penyelenggaraan ini. Terima kasih.